Jumat, 12 Maret 2010

NOVEL

Mahligai Impian

Oleh : syamizi azwaza
dinding kaca bilik pejabatnya. Hatinya resah gelisah. Entah mengapa dia masih terbayang akan majlis perkahwinannya yang tidak menjadi. Sesaat kemudian peristiwa itu kembali bermain di mindanya.
SEKALI lagi dia menatap pantulan dirinya pada arca cermin. Keyakinan sedikit demi sedikit mula menurun apabila hatinya bergolak dan memberontak untuk membatalkan Iqram memakukan pandangan pada bangunan-bangunan yang terpacak tinggi di sebalik majlis perkahwinan yang akan berlangsung dalam tempoh kurang 30 minit.
Ketukan perlahan pada daun pintu bersaiz sederhana itu membuatnya berpaling ke sana. Terjengul wajah tua ayahnya, Ismail di sebalik daun pintu yang sudah terkuak lebar.
“Boleh abah masuk?” terpana Iqram seketika mendengar bicara lelaki berusia lewat 50an itu. Pantas tubuh lelaki yang banyak berjasa dalam hidupnya itu dihampiri sebelum didakap erat.
“Jangan buat Am macam ni, abah…..”
Ismail membalas pelukan anak lelaki tunggalnya itu. Setelah pelukan dileraikan, Ismail menatap wajah Iqram. Lama pandangan itu jatuh di situ.
“Kenapa abah?”
“Am yakin dengan tindakan Am ni?”
Perlahan langkah diatur menuju ke arah tingkap yang terbuka luas. Nafas ditarik dan dihembus lama sebelum berbicara.
“Am memang yakin, abah. Doakan kebahagiaan Am.”
“Habis tu, Nurul macam mana? Takkan Am terus nak lupakan dia hanya kerana nak penuhi impian ummi?”
“Am akan berusaha lupakan dia. Am dah tak tahu apa-apa lagi tentang dia. Rizman pun dah lama tak hubungi Am,” jelas Iqram tanpa berselindung.
Ismail tahu segala-galanya mengenai gadis yang bernama Nurul dalam hidupnya. Iqram tidak mampu untuk berahsia dengan lelaki ini. Mungkin karena hanya lelaki itu yang sering mendengar luapan hatinya sementelah dia tidak mempunyai adik-beradik lelaki yang lain.
“Abah tak nak Am menyesal kemudian hari,” ujar Ismail dalam usaha untuk memujuk anak muda itu agar tidak meneruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung beberapa saat sahaja lagi. Masih sempat jika anaknya itu berundur diri.
“Am tak akan menyesal, abah. Doakanlah kebahagiaan Am akan berkekalan hingga ke akhir hayat Am. Itu saja yang Am pinta dari abah.”
Ismail kalah dengan kedegilan Iqram yang diwarisi darinya. Keluhan dilepaskan. Tidak tahu mahu berbicara bagaimana lagi.
“Kalau macam tu, abah turun dulu. Bersiaplah. Sekejap lagi kita akan bertolak ke rumah pengantin perempuan.” Bahu anak muda itu ditepuk beberapa kali, perlahan.
Langkah kaki Ismail dihantar dengan pandangan. Iqram kembali berpaling ke arah tingkap. Baru saja dia ingin memandang ke arah beberapa buah kanopi yang tersedia di bawah sana, dia diserang rasa heran yang memuncak apabila suasana yang tadinya riuh-rendah bertukar sepi.
Laju sahaja dia melangkah keluar dan menuju ke tingkat bawah. Bimbang sekiranya sebarang kemalangan berlaku terhadap ahli keluarganya.
Belum sempat kakinya memijak anak tangga yang terakhir, pandangan Iqram menangkap kelibat seorang gadis dalam pakaian yang sedondon dengannya. ‘Mungkin dialah yang akan menjadi isteriku sebentar lagi. Tapi, kenapa dia ada di sini sekarang? Jangan-jangan……..’
Si gadis yang lengkap dalam sut pengantin itu menoleh ke arah Iqram. Pandangannya yang sayu ditumpukan ke arah Iqram. Seolah memohon simpati lelaki itu agar sudi mendengar apa yang akan diperkatakannya.
“Awak ni Iqram, kan? Saya Farah…..” ujarnya sambil melangkah mendekati Iqram. Perlahan dia tunduk melutut di hadapan lelaki yang diselubungi dengan pelbagai persoalan itu.
“Saya mohon pada awak…..tolong hentikan rancangan gila ni. Saya tahu awak juga tertekan dengan semua ini. Tolonglah……” bicaranya disertai dengan air mata yang mula membasahi wajah pucatnya.
Baru saja Iqram ingin bersuara, seorang wanita berusia awal 40an menerpa masuk dengan tergesa-gesa. Tubuh gadis yang bernama Farah itu didekap erat.
“Farah……jangan buat macam ni, nak. Mari kita pulang. Kita bincang sama-sama,” pujuknya sambil coba menarik tubuh gadis itu agar bangkit berdiri.
Farah menolak kasar dan kembali melutut dihadapan Iqram. Dengan nada yang agak kasar dia bersuara,” Sebelum ni Farah dah bersungguh menolak perkahwinan ni, tapi ibu buat tak tahu. Sampai hati ibu….”
Ismail yang sejak tadi menjadi penonton akhirnya meminta mereka berdua berbincang di bilik bacaan tingkat atas. Dengan wajah merah padam dia memohon maaf kepada semua tetamu dan memaklumkan bahawa majlis dibatalkan. Sekilas wajah isterinya dipandang sepi sebelum melangkah ke arah bilik bacaan.
Di bilik bacaan, drama air mata Farah tadi kembali berlangsung. Iqram, Ismail dan Fatimah masing-masing menjadi pemerhati.
“Ibu minta maaf, sayang. Tapi ibu tak sanggup nak menolak permintaan kawan baik ibu ni. Hanya Farahlah satu-satunya harapan ibu untuk merapatkan lagi hubungan kami selama ni,” terang si ibu lebar.
“Tapi Farah tak patut jadi mangsa. Dah banyak kali Farah beritahu ibu, Farah tak nak. Tapi apa yang ibu buat? Ibu teruskan jugak tanpa memikirkan perasaan Farah. Farah kecewa dengan ibu!” Bentakan Farah menyebabkan ibunya terdiam.
Fatimah yang tidak tahan melihat suasana yang agak tegang itu akhirnya bersuara,” Ya Am, aku minta maaf. Aku tak sangka pula kau sanggup nak korbankan kebahagiaan anak sendiri demi aku. Semua ni salah aku….” Bicaranya terhenti di situ sebelum pandangannya beralih ke arah anak lelaki tunggalnya yang mendiamkan diri sejak tadi.
“Ummi minta maaf, Am. Ummi pentingkan diri sendiri. Semata-mata nak mencapai impian ummi, ummi tegar melukakan hati dan perasaan anak ummi sendiri.” Menitis air mata Fatimah mengenangkan kesalahan yang dilakukannya.
“Dahlah tu. Jadikan semua ni sebagai satu pengajaran untuk kita. Imah dan Yam, kalau nak buat apa-apa lepas ni, bincang dulu baik-baik sebelum buat keputusan. Farah….Iqram, jangan main setuju je kalau hal-hal yang berkaitan dengan hidup kita.” Bicara Ismail yang berunsur nasihat itu diterima dengan anggukan perlahan daripada empat orang di hadapannya itu. Dalam hati, Ismail lega. Alhamdulillah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar